suria

Aamir Khan nangis macam bayi setiapkali filemnya berjaya atau gagal

AKTOR filem, Aamir Khan mempunyai perangai yang luar biasa untuk meraihkan kejayaan filemnya mencapai tahap box office.

Aamir turut mengaku dia menangis jika filemnya gagal mencapai kutipan hasil tiket yang memuaskan.

Jelas Aamir yang mendapat jolokan 'Mr Perfectionist' ini, sikapnya mirip pemain tenis terkemuka Roger Federer yang akan menangis setiap kali dia mencapai kemenangan sesuatu kejohanan tenis.

"Saya nangis seperti bayi setiap kali filem saya mendapat sambutan hangat. Bagaimanapun, saya juga menangis apabila filem gagal mencapai prestasi baik," katanya.

Tambah Aamir, pemain tenis terkenal Pete Sampras pernah menyifatkan Federer sebagai pemain tenis terbaik.

Artikel Sebelum

Artikel Lain