suria

Bux kecewa Lineker lebih asyik tonton bola dari berasmara

Bux (kiri) dan Lineker
Bux (kiri) dan Lineker
Bux (kiri) dan Lineker

NAMPAKNYA pemain bola sepak terkenal, Gary Lineker lebih suka menonton perlawanan bola sepak daripada berasmara dengan tunangnya.

Tunangnya, Danielle Bux berkata, legenda bola sepak itu tidak melayannya di katil kerana asyik menonton BBC's Match of the Day show.

Bux, 29, bercadang mengahwini Lineker tahun ini. Kekurangan seks tersebut katanya, amat mengecewakannya.

"Ya, saya berasa sungguh kecewa. Saya tidak menafikannya," menurut laporan media.

Bux berharap Lineker dapat memberinya lebih banyak perhatian selepas musim bola sepak berakhir nanti.

Artikel Lain