suria

Abhishek Bachchan pegang watak datuknya

Abhishek Bachchan
Abhishek Bachchan
Abhishek Bachchan

PELAKON Bollywood, Abhishek Bachchan dikhabarkan memegang watak datuknya dalam filem `Pa' yang bakal ditayangkan di pawagam.

Femalefirst.co.uk melaporkan, krew produksi tidak dibenarkan memberikan komen mengenai filem tersebut selaras dengan peraturan yang termaktub dalam kontrak.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, "Amitabh (ayah Abhishek) berlakon sebagai anak Abhishek yang terpinggir dan sedikit terencat akal" dalam filem itu.

Filem itu diarahkan oleh R. Balakrishnan yang lebih dikenali sebagai Balki. Set penggambaran filem itu dirahsiakan.

Balki menghabiskan sekitar lima jam sehari untuk menyolek patung palsu yang dibawa masuk dari London.

Keseluruhan projek itu dirahsiakan buat masa ini dengan tiada sesiapa dibenarkan memasuki lokasi penggambaran.

Artikel Lain