HALLE Berry dilaporkan sanggup membotakkan kepalanya semata-mata untuk watak dalam filem terbaru lakonannya, `Nappily Ever After'.
Aktres jelita itu yang memukau para tetamu Hotel Beverly Hills, California baru-baru ini dengan memakai gaun ketat berwarna putih mengaku dia teruja dengan stail radikal itu.
"Saya benar-benar takut. Saya hanya berharap reaksi saya dapat disesuaikan dalam jalan cerita tersebut," kata Halle.
Sebelum ini, aktres lain yang pernah membotakkan kepala mereka ialah Cameron Diaz dan Demi Moore.


