suria

Suara Victoria Beckham hiasi siri animasi

Suara Victoria Beckham akan boleh didengar menerusi siri animasi popular, Spongebob Sqarepants - foto AP

PENGGEMAR animasi kartun kanak-kanak, Spongebob Squarepants boleh mendengar suara selebriti Victoria Beckham untuk salah satu watak dalam siri itu tidak lama lagi.

Contactmusic.com melaporkan, bintang Spice Girls itu yang kini menguruskan empayar fesyennya, telah mengikut jejak langkah Johnny Depp, Scarlett Johansson dan David Bowie.

"Dia tidak berminat untuk menjadi aktres tetapi dia tidak ada masalah untuk meminjamkan suara bagi siri kartun itu. Penulis skrip sengaja mencipta watak seorang puteri British khas untuknya.

"Mereka terkejut Victoria berjaya memainkan peranan itu dengan baik. Bos di rangkaian tersebut kini menawarkan lebih banyak kerja untuknya," satu sumber memberitahu The Daily Mirror.

Artikel Sebelum

Artikel Lain