suria

Anak anjing 'hadiah cinta' untuk Paris Hilton

Paris Hilton teruja mendapat hadiah hari jadi, seekor anak anjing, dari buah hatinya (lelaki dibelakangnya).
Paris Hilton teruja mendapat hadiah hari jadi, seekor anak anjing, dari buah hatinya (lelaki dibelakangnya).
Paris Hilton teruja mendapat hadiah hari jadi, seekor anak anjing, dari buah hatinya (lelaki dibelakangnya).

SETELAH meraikan hari jadinya selama dua minggu, jutawan muda Paris Hilton telah menerima hadiah paling istimewa dari teman lelaki barunya Doug Reinhardt telah memberinya sebuah anak anjing sebagai hari jadi.

Reinhardt terpaksa berbelanja anggaran 7 ribu pound untuk 'hadiah cinta' Hilton itu. Anak anjing jenis Pomeranian itu dibelinya semasa kunjungannya ke Jepun baru-baru ini.

Ketika ditemuramah dalam program bualbicara Amerika, Ellen talk show, Hilton enggan mendedahkan harga anak anjing itu.

"Dia belikan saya anak anjing yang sungguh comel. Itulah anak anjing yang comel yang pernah saya lihat dalam hidup saya....Saya sayangkannya," kata Hilton.

"Kami berdua berada di Tokyo ketika itu dan kami telah pergi ke kedai haiwan. Terlihat saja anak anjing itu, terus saya jatuh cinta dengannya," jelas Hilton.

Hilton juga memberitahu yang kesemua anjing kesayangannya agak cemburu dengan anak anjing barunya itu.

"Marilyn yang paling cemburu sekali. Bila saya tak ada, mereka boleh bermain sama tapi bila saya ada, mereka buat hal masing-masing. Sungguh lucu melihat telatah mereka," kata Hilton.

Artikel Sebelum

Artikel Lain