suria

Gwen dan suami syorkan mandi bersama

Pasangan penyanyi terkenal Gwen dan Gavin syorkan semua famili mandi bersama bagi menjaga alam sekitar.

GWEN Stefani dan suaminya Gavin Rossdale telah secara spontan mengaku yang mereka mandi bersama untuk mengelakkan pembaziran air dan menjaga alam sekitar.

Gavin, yang mempunyai dua orang anak lelaki dengan Gwen - Kingston, 2, dan Zuma, 6 bulan, mengesyorkan semua famili mencuba teknik mereka untuk menjaga alam sekitar.

"Semua keluarga patut mandi bersama. Itu paling minima yang mereka boleh lakukan," kata penyanyi terkenal Gavin.

Sementara itu, Gwen pula mendedahkan yang dia dan suaminya sudah mula memberi nama baru untuk anaknya Kingston yang kini melalui fasa yang sukar.

"Kingston kini agak agresif. Gavin memanggilnya dengan nama 'Sid Vicious'.

"Dia ada sikap yang agak pelik. Berbeza sekali dengan adiknya Zuma yang tenang dan cool. Begitulah sikap kedua anak kami. Benar-benar berbeza?" jelas Gwen.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain