suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ejen hartanah Weber pilihan Vince Vaughn

Vince Vaughn telah bersama dengan ejen hartanah Weber sejak musim panas yang lalu.
Vince Vaughn telah bersama dengan ejen hartanah Weber sejak musim panas yang lalu.
Vince Vaughn telah bersama dengan ejen hartanah Weber sejak musim panas yang lalu.

AKTOR Vince Vaughn sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga dengan teman wanitanya yang berasal dari Kanada, Kyla Weber, setelah melamarnya pada Hari Valentine bulan lepas.

Bintang kacak 'Wedding Crashers' itu telah bersama dengan ejen hartanah Weber sejak musim panas yang lalu.

Pada bulan Disember tahun lepas, Weber, 29 tahun telah mengambil keputusan untuk pindah dan tinggal serumah dengan pelakon berusia 38 tahun di Los Angelesnya.

"Kini mereka telah bersedia untuk berkahwin. Vince telah melamar Weber pada hari minggu baru-baru ini setelah menghabiskan masa bersama dalam suasanan yang romantis.

"Vince telah melutut dan melamar Weber dan menghadiahkannya sebentuk cincin empat-karat berlian berharga $125,000 yang diikat dengan platinum.

"Mereka bercadang mengadakan majlis perkahwinan mereka di L.A atau Alberta dan tak sabar untuk memulakan kehidupan sebagai suami isteri," kata satu sumber.

Sebelum ini, Vince pernah menjalin hubungan dengan bintang sitkom 'Friends' Jennifer Aniston.

Artikel Lain