suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas teman lelaki ejek pilihan Madonna

Bekas teman lelaki mempersenda pilihan Madonna.
Bekas teman lelaki mempersenda pilihan Madonna.
Bekas teman lelaki mempersenda pilihan Madonna.

MUNGKIN Madonna tidak sedar yang sikapnya menayang teman lelaki barunya, Jesus Luz hanya mengundang ejekan dari dua bekas teman lelakinya.

Bekas teman lelaki penyanyi seksi ini iaitu Jose Canseco hanya mentertawakan saja gelagat Madonna dengan Luz yang berusia 28 tahun muda darinya.

Pemain baseball itu memperolok-olokkan Ratu Pop yang dikhabarkan sedang hangat bercinta dengan model Brazil berusia 22 tahun itu.

"Oh Tuhan! Tidak sedarkah yang dia berusia 60 tahun? Tolonglah!," katanya kepada sebuah majalah.

"Agaknya bila dia sudah 80 tahun, dia akan keluar dengan budak berusia 10 tahun. Kan gila tu!," katanya.

Sebelum ini, pemenang anugerah Sean Penn juga pernah mengeluarkan kenyataan yang agak pedih untuk bekas isterinya itu apabila dia bertembung dengan Madonna-Luz di sebuah majlis.

Kebetulan diva berusia 48 tahun itu telah mengucapkan tahniah kepada Penn di majlis itu.

Sebaik Madonna pusing saja belakang, Penn telah menunjukkan telunjuknya kepada Luz dan berkata,"Dah ada anak lagi?"

Artikel Lain