suria

Freida laris 'macam goreng pisang panas'

Freida semakin laris!
Freida semakin laris!
Freida semakin laris!

TIBA-TIBA saja nama Freida Pinto meniti di bibir setiap pengamal media yang berebut-rebut untuk meletak gambarnya di kulit majalah setelah dia mengecapi kejayaan di luar dugaan dalam filem 'Slumdog Millionaire'.

Permintaan ini bukan saja datang dari negara asalnya India malah di Hollywood juga.

Di India, berita tentang model dan aktres ini laris seperti 'goreng pisang panas' dan untuk bulan ini saja, wajah manis Freida akan berada di kulit depan majalah lelaki 'Maxim' yang akan meletak wajah serta badan seksinya di muka depan, begitu juga dengan majalah wanita Cosmopolitan dan Vogue.

Aktres berusia 24 tahun ini menyifatkan kejayaannya seperti mimpi indah. Freida yang juga digosipkan mempunyai hubungan intim dengan pasangannya dalam filem "Slumdog Millionaire", Dev Patel juga akan dapat dilihat dalam majalah "Entertainment Weekly" bersama Patel.

Sebenarnya beraksi untuk majalah bukan sesuatu yang baru bagi model yang memulakan kariernya sebagai model iklan untuk "Wrigley's Chewing Gum".

"Saya juga pernah mengacara sebuah program mengembara. Walaupun ianya bukan bidang lakonan tapi seperti menjadi iklan model, semua pengalaman ini membantu saya," kata Freida.

Freida menganggap tuahnya dalam bidang lakonan datang secara kebetulan.

"Kalau anda ingin menjadi pelakon di Bollywood, peluang anda akan lebih cerah seandainya anda ada 'godfather' yang akan memastikan perjalanan anda mudah. Tapi saya tidak perlukan 'godfather' untuk "Slumdog Millionaire". Saya hanya pergi ujibakat dan Danny memilih saya," kata Freida.

Sungguhpun sudah mendapat kejayaan di luar jangkaan, Freida belum pasti ingin membuat lakonan sebagai satu karier.

"Saya masih tidak tahu samada saya ada masa depan dalam bidang lakonan. Tapi saya mahu terus berlakon," jelas Freida yang akan dapat dilihat dalam filem keduanya, bersama penerbit Hollywood Woody Allen di samping bintang handalan Hollywood Josh Brolin, Naomi Watts dan Anthony Hopkins.

Pengambaran akan bermula di London dalam musim panas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain