suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Victoria tak kena gaya di taman tema

Walaupun bijak bergaya Victoria masih tidak tahu hendak mengenakan pakaian yang sesuai di taman tema.
Walaupun bijak bergaya Victoria masih tidak tahu hendak mengenakan pakaian yang sesuai di taman tema.
Walaupun bijak bergaya Victoria masih tidak tahu hendak mengenakan pakaian yang sesuai di taman tema.

KALAU sudah jadi orang ternama, bukan saja pakaian dan gerak geri malah kasut yang dipakai juga menjadi perhatian orang.

Baru-baru ini bekas anggota Spice Girls, penyanyi Victoria Beckham menggunakan kasut yang 5 inci tingginya untuk membawa anak-anaknya bersiar-siar di Universal Studios, Los Angeles.

Apa yang membuat orang ramai memerhatikan Victoria apabila dia kelihatan seperti tidak selesa dengan kasut yang dipakai sedangkan kedua orang anak lelakinya nampak selesa dan berpakaian santai seperti sepatutnya.

Salah seorang yang memerhatikan telatah Victoria berkata, "Kaki Victoria kelihatan seperti tidak kena gaya. Jari kakinya terkeluar dan buku lalinya seperti terdorong ke depan.

"Malah kasutnya lebih besar untuknya. Ada banyak ruang di belakang kasutnya," kata seorang pemerhati yang berada di situ ketika lawatan Victoria.

Keluarga bahagia itu berkunjung ke taman tema di mana kebanyakan orang akan mengenakan pakaian santai saja.

Berbeza dengan Victoria, dia memakai baju hitam yang sendat, cermin mata yang besar dan Louboutins kegemarannya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain