suria

"Demokrasi dalam Umno: Perlukah gagasan baru'? bersama Zahid dan Isa Samad di TV9 esok

Minggu ini, program bual bicara TV9 yang semakin meningkat popularitinya, Hujah akan mengupas satu lagi topik menarik iaitu "Demokrasi Dalam Umno: Apakah Perlu Ada Gagasan Baru?."

Kali ini, tiba pula giliran tokoh politik Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Isa Samad untuk mengupas isu ini.

Sudah dua minggu berturut-turut, Hujah bejaya membawa topik semasa yang panas untuk dikongsi bersama penonton.

Minggu lepas, dua tokoh politik berpengalaman iaitu Datuk Syed Hamid Albar & Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik telah mengupas tentang Peralihan Kuasa Dalam UMNO: Apa yang beralih? Sekadar Pemimpin Atau Organisasi Parti?

Dan sebelum itu, tiga lagi tokoh politik - Dato Mukhriz Tun Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Dato Seri Khir Toyo berkongsi pendapat dalam berdiskusi tentang hala tuju dan masa hadapan UMNO serta nasib bangsa kita pada masa akan datang.

Banyak lagi isu semasa dan informasi terkini yang dapat dikongsi dalam program Hujah, yang menggunakan pendekatan agak serius dalam membicarakan isu-isu penting kerana ia memberi pelbagai gambaran dan perspektif mengenai sesuatu subjek dan maklumat kepada penonton.

Seperti biasa, pengerusi Hujah ialah Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepetahan dan kelantangan beliau mengutarakan soalan provokasi kepada panel-panel Hujah menjadi satu tarikan bagi mereka yang tidak melepaskan peluang menonton Hujah.

Bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, jangan lupa menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

Rancangan menarik ini akan disiarkan secara langsung dari Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Februari 2009 (Selasa) dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bersama hos bersuara lantang, Dr. Mohamad Agus Yusoff.

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah