suria

Peluang bergelar pemuzik orkestra di Istana Budaya

ISTANA Budaya (IB), Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia membuka peluang kepada mereka yang berbakat dalam muzik simfoni orkestra untuk menyertai Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Sehubungan itu, sesi uji bakat akan diadakan selama dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Disember 2008, bermula 10.00 pagi hingga 2.30 petang di Bilik Seri Nilam, IB.

Mereka yang berminat hendaklah berumur 18 hingga 45 tahun, mempunyai pengalaman bermain alat-alat muzik simfoni orkestra serta mempunyai Sijil Muzik ABRSM Gred 8 atau yang setaraf dengannya.

OSK mencari pemain violin/viola, cello/double bass, flute, oboe, bassoon, horn, trumpet, tuba, timpani/perkusi dan harp. Peralatan muzik yang disediakan semasa uji bakat adalah harp, double bass, timpani dan perkusi.

Mereka yang terpilih akan bekerja sepenuh masa dengan gred jawatan Ahli Muzik B27 dan B41. Selain terlibat bersama OSK dalam persembahan di Panggung Sari IB, mereka juga berpeluang dalam konsert jelajah, sama ada dalam dan luar negara. Pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai uji bakat, sila hubungi Bahizal Abu Bakar di talian 03-4026 5636 atau pun Zuraini Baharun menerusi talian 03-4026 5667.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dunia tinta Rina Khan!

Artikel Lain