suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Property TV dilancar di Dubai bulan depan

DUBAI: Property TV, saluran hartanah antarabangsa 24 jam seminggu akan dilancarkan di sini pada pertengahan Oktober.

Saluran itu dengan format infotainmen memberi liputan kepada projek hartanah di Emiriah Arab Bersatu, Timur Tengah, India dan Timur Jauh.

Ia akan mempunyai program khusus Teluk pada masa utama Dubai setiap hari, kata Prince Goyal, Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Property TV yang berdaftar di Singapura dalam satu kenyataan.

"Kami merasakan terdapat keperluan bagi saluran hartanah khusus dengan perspektif global.

"Penonton akan dapat mengetahui segala perkara mengenai pelaburan hartanah dan hiasan rumah.

"Property TV akan menjadi saluran sehenti bagi segala perkara berkaitan dengan hartanah," kata Goyal.

Beliau berada di Dubai bagi memuktamadkan perjanjian dengan penyedia perkhidmatan tempatan untuk mengedarkan saluran percuma ke rumahrumah di Teluk.

Property TV menubuhkan unit produksi dan editorial di Dubai untuk menjalankan program khusus Teluk.

Property TV dimiliki oleh Nivesh TV dari India, anak syarikat Luminaire Technologies Ltd, syarikat tersenarai di Bombay Stock Exchange. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain