SIAPA sangka di sebalik penampilan anggun dan bergaya, bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham sebenarnya berdepan dengan masalah pemakanan (eating disorder) yang serius.
Victoria, 51, berkata masalah itu dialami ketika zaman kegemilangan Spice Girls dan lebih mengejutkan, dia tidak pernah makan coklat sejak tahun 1990-an.
“Saya tak makan coklat langsung sejak zaman Spice Girls lagi,” katanya menerusi dokumentari baharu berjudul Victoria Beckham yang kini ditayangkan di Netflix.

Victoria bersama suaminya David Beckham.
Menurutnya, dia berjaya menyembunyikan keadaan tersebut daripada pengetahuan keluarga termasuk kedua ibu bapa sendiri.
“Saya sangat pandai menyembunyikannya. Malah ibu bapa saya sendiri tak tahu saya sedang berdepan masalah ketika itu,” katanya lagi.
Victoria turut mendedahkan tekanan berterusan daripada media dan orang sekeliling mengenai bentuk badannya menjadi punca utama dia mengalami gangguan tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pembedahan buah dada penyesalan terbesar Victoria Beckham, anggap diri wanita bodoh
ARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung masih kena pinggir, peminat anggap David dan Victoria tak layak ada keluarga
Lebih menyedihkan, dia pernah diberikan gelaran seperti 'Porky Posh' (Posh Gemuk) dan 'Skinny Posh' (Posh Kurus) oleh media serta peminat sekali gus membuat dirinya kurang berkeyakinan.
Namun, pengalaman paling meninggalkan kesan trauma apabila dia dipaksa menimbang berat badan secara langsung di kaca televisyen, hanya enam bulan selepas melahirkan anak sulungnya, Brooklyn.
“Kami cuba berjenaka ketika itu, tapi dalam hati saya sangat terluka. Saya masih muda dan sangat terkesan,” luahnya.
Walaupun pernah melalui detik hitam dalam hidup, Victoria berkata kini dia berada dalam keadaan lebih baik dan mempunyai hubungan yang lebih sihat dengan pemakanan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


