suria

Kes edar dadah dalam penjara, Ammar Zoni berdepan hukuman mati... Empat kali ulang kesalahan sama

Ammar didakwa bersama lima individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

PELAKON Ammar Zoni, berdepan hukuman berat selepas didakwa terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu dan ganja sintetik dari dalam Penjara Salemba, Jakarta Pusat, Indonesia.

Ammar didakwa bersama lima individu lain yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan tersebut.

Memetik laporan CNN Indonesia, dia boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen undang-undang narkotik negera berkenaan yang membawa hukuman mati, penjara seumur hidup, atau sekurang-kurangnya 20 tahun penjara sekiranya disabitkan kesalahan.

Ammar didakwa terima bekalan dari luar.

Kegiatan itu dilaporkan berlaku ketika Ammar sedang menjalani hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan berkaitan narkotik sebelum ini. 

Dia sepatutnya selesai menjalani hukuman penjara pada Januari 2026. 

Difahamkan, pihak penjara mula mengesyaki pergerakan Ammar yang mencurigakan sebelum menjalankan siasatan lanjut. 

ARTIKEL BERKAITAN: Empat kali kena tahan, pelakon lelaki tak pernah serik... Berani edar dadah dalam penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Semua duit Ammar Zoni dipegang bekas isteri, ramai mula salahkan Irish Bella punca cerai

Hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai dijalankan dari dalam penjara, melibatkan rangkaian yang memperoleh bekalan dari luar dan menyeludupnya masuk melalui kaedah tertentu.

Sebagai bukti, pihak pendakwa turut menyita beberapa jenis dadah termasuk syabu jenis methamphetamine, ganja sintetik, dan pil ekstasi.

Ammar sepatutnya dibebaskan pada 2026.

Ini merupakan kali keempat Ammar Zoni terlibat dalam kes berkaitan penyalahgunaan dadah sejak tahun 2017. 

Pada Mac 2023, dia ditahan buat kali kedua dan dibebaskan pada Oktober tahun yang sama. 

Namun, tidak lama kemudian, Ammar kembali dipenjara selepas ditahan sekali lagi pada 12 Disember 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain