NAMA aktor David Del Rio digugurkan dari senarai pelakon drama Matlock susulan dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap aktres Leah Lewis. Laporan Deadline, kejadian itu berlaku pada hujung September lalu. David, 38, dikeluarkan dari set penggambaran pada hari sama laporan dibuat sekitar awal Oktober. David dan Leah banyak bekerjasama dalam drama berkenaan. Dimaklumkan, siasatan segera sudahpun dijalankan sebaik insiden tersebut berlaku.Desas-desus pengguguran nama David sebelum ini mula diperkatakan namun tidak belum ada sebarang pengesahan daripada pihak produksi. Malah mereka juga menyimpan rapi rahsia berkenaan daripada pengetahuan umum. ARTIKEL BERKAITAN: Kes edar dadah dalam penjara, Ammar Zoni berdepan hukuman mati... Empat kali ulang kesalahan samaARTIKEL BERKAITAN: Victoria Beckham derita ‘eating disorder’, sudah lama tak jamah coklatUntuk info, dalam drama berkenaan, David dan Leah Lewis merupakan peguam muda di firma guaman ternama New York iaitu Jacobson Moore.Difahamkan watak David akan digugurkan daripada jalan cerita siri tersebut tanpa digantikan oleh mana-mana pelakon lain.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube