suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelawak mengaku langgan pelacur sebelum kahwin

Dede berharap tindakan buruk yang dilakukan dapat menjadi pengajaran.

PELAWAK dan pelakon Indonesia, Dede Sunandar tanpa segan silu menceritakan kisah silamnya yang pernah melanggan pelacur secara dalam talian sebelum mendirikan rumah tangga. 

Bekas bintang komedi Opera Van Java itu mengakui sering mencari pelacur melalui platform media sosial X (dahulu dikenali Twitter). 

Menurut Dede, ketika itu belum wujud aplikasi khusus untuk perkhidmatan sebegitu dan Twitter menjadi medium utama mencari pelacuran dalam talian. 

"Kalau zaman waktu kerja dulu, belum ada aplikasi khusus, hanya ada di Twitter (kini dikenali X),"katanya. 

Dede menceritakan kisahnya sebagai pengajaran kepada orang lain.

Dede berkongsi pengalaman hitam itu dalam video yang dimuat naik di saluran Youtube SL Media pada Ahad.

Menurut Dede, perbuatan buruk itu berlaku ketika dirinya masih bekerja sebagai tukang cuci dan pelayan restoran sebelum kariernya melonjak dalam dunia hiburan. 

"Ini sebelum kahwin, waktu masih nakal,"katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak tak malu kerja sebagai pelayan restoran, niat cari rezeki halal untuk keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Berlumba-lumba buat akaun ‘dark side’, melacur di media sosial... Rupanya terdesak cari duit sebab kawan pakai iPhone

Tambah pelawak yang pernah gagal bertanding dalam pilihan raya itu berkata, pada mulanya dia hanya sekadar ingin mencuba kerana rasa ingin tahu.

"Cuma sekadar nak cuba, nak tahu," katanya.

Dede pernah mencuba nasib dalam bidang politik sebelum ini.

Meskipun begitu, Dede mengakui kesilapannya dan kini lebih berhati-hati dengan setiap tindakan.

Dalam masa yang sama, dia berharap agar kisah hidupnya sedikit sebanyak mampu menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak terjerumus ke kancah maksiat.

"Sebab itu saya beritahu, jangan sampai terpedaya. Apatah lagi sekarang banyak kes yang akhirnya mengundang kepada pembunuhan, bahkan diculik dan diperas ugut," katanya. 

Artikel Lain