suria

Usaha ambil Ozempic tidak berhasil, James Corden baru sedar ada masalah ketagihan makanan

James mendedahkan dia mempunyai masalah ketagihan makanan.

NEKAD menurunkan berat badan, pengacara James Corden tidak malu mengakui mengambil Ozempic yang juga sejenis ubat bagi merawat penyakit diabetes.

Bagaimanapun kata James, usaha itu tidak berhasil apabila ubat berkenaan tidak memberi sebarang kesan kepada masalah ketagihan makanan yang dialami.

"Saya cuba Ozempic tetapi seperti yang anda lihat saya sekarang, tiada apa yang berubah.

Copy of Untitled - 2024-09-27T125741.158

James mampu mengahabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak.

"Perkara itu membuatkan saya sedar tabiat pemakanan saya tiada kaitan dengan rasa lapar.

"Ubat itu buat saya hilang rasa lapar tapi saya sebenarnya jarang makan sebab lapar," katanya.

Dalam pada itu, James memberitahu dia mampu menghabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak walaupun tidak berada dalam keadaan lapar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson akhirnya cakap jujur, ubat kurus bantu turunkan berat badan

ARTIKEL BERKAITAN: James Corden Timang Anak Ketiga

"Saya boleh makan cokelat dan burger bersaiz besar tapi bukan sebab lapar tapi ketagih kepada makanan," jelasnya.

Sementara itu, James memberitahu dia terfikir mencuba Ozempic selepas melihat ramai rakan-rakan berjaya menurunkan berat badan selepas mengambil ubat tersebut.

"Saya tengok orang cuba, jadi saya pun terikut-ikut tapi malangnya tiada kesan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain