suria

Konsert Pink terhenti seketika, peminat lempar bungkusan abu mayat ibu ke atas pentas

Pink terkejut dengan tindakan peminat.

PENYANYI Pink terpaksa menghentikan persembahannya seketika di British Summer Time Festival bagi memberikan ucapan kepada peminat yang melemparkan abu mendiang ibunya ke atas pentas.

Memetik laporan E News, seorang peminat melemparkan beg berisi abu mendiang ibunya ketika penyanyi itu sedang beraksi di atas pentas pada Ahad lalu.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Pink dilihat berjalan ke beg abu tersebut dan mengambilnya dengan wajah keliru.

pinkk - 1

Pink bersikap profesional tetap meneruskan persembahan.

"Ini abu ibu awak? Saya tidak tahu bagaimana perasaan ketika ini," katanya.

Pink yang terkejut kemudian membawa beg itu ke bahagian hadapan pentas dan meletakkannya, lalu meneruskan persembahan dengan nyanyian lagu Just Like a Pill.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat tindakan individu tersebut dan menganggap masing-masing mempunyai cara sendiri untuk menghilangkan rasa sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift nyanyi lagu 'Dear John' selepas 11 tahun, minta peminat jangan serang John Mayer

ARTIKEL BERKAITAN: Bersara tiada dalam kamus hidup Rod Stewart, bakal buat konsert jelajah pada usia 78 tahun

"Anda boleh bercakap apa sahaja kerana anda tidak pernah rasa kehilangan. Mungkin itu adalah permintaan terakhir ibu dia.

"Saya rasa setiap orang meluahkan rasa sedih dengan cara masing-masing. Saya cuba untuk tidak menghakimi.

"Bagaimana kalau ibunya adalah peminat fanatik Pink," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain