suria

Jururawat tentera bakal berdepan tindakan, tinggalkan unit tanpa kebenaran kerana mahu beri suntikan vaksin kepada Jin BTS

Jin BTS terima suntikan vaksin.

SEORANG jururawat tentera wanita dilaporkan meninggalkan stesen kerja tanpa kebenaran semata-mata mahu memberikan vaksin kepada penyanyi Jin BTS.

Memetik laporan Allkpop, jururawat berusia 28 tahun itu memandu kira-kira 30 minit dari bandar Gyeonggi-do ke Pusat Latihan Rekrut Divisyen 5, Yeoncheon-gun di mana merupakan lokasi Jin ditempatkan.

Untitled design - 1

Jururawat lari dari tempat kerja untuk bertemu dengan Jin.

Menurut sumber, jururawat tentera itu mempunyai hubungan peribadi dengan seorang doktor di situ dan mereka berpakat terlebih dahulu untuk mendekati penyanyi Korea tersebut.

Dalam pada itu, sekitar pukul 1.30 petang dan 3.30 petang pada hari yang sama, jururawat itu memberikan vaksin sekunder kepada Jin.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan Jin BTS naik mendadak sejak jalani latihan ketenteraan

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS terima terlalu banyak surat dan hadiah... Pengurusan minta peminat hormati latihan ketenteraan

Sejurus selepas itu, jururawat berkenaan kembali ke unitnya dan berkongsi bahawa Jin menanggung kesakitan sewaktu menerima suntikan vaksin.

Kesalahan keluar tanpa kebenaran dari tempat kerja dianggap sebagai pelanggaran di bawah perkara 79 (Perlepasan tanpa kebenaran) Undang-Undang Jenayah Tentera yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun.

Sementara itu, jururawat tersebut juga didakwa mengedarkan Tylenol yang tidak dibenarkan kepada Pusat Latihan Pengambilan Divisyen 5.

Sewaktu menghubungi doktor menerusi panggilan telefon, jururawat itu menerima berita tentang kekurangan ubat tertentu di pusat latihan tentera tersebut dan berjanji untuk membekalkan ubat jenis Tylenol.

Untuk rekod, Jin sedang menjalani latihan kententeraan dan ditempatkan ke unit barisan hadapan tentera.

Latihan berkenaan diwajibkan ke atas kaum lelaki warganegara Korea Selatan selama dua tahun dan Jin dijangka menamatkan tugas pada 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain