suria

Peminat geli tengok gigi kuning Johnny Depp

Netizen loya lihat gigi Johnny secara dekat.

KEMUNCULAN Johnny Depp di Festival Filem Cannes mencuri perhatian memandangkan pelakon itu lama menyepikan diri sejak kes mahkamah melibatkan bekas isterinya, Amber Heard tahun lalu.

PageSix melaporkan kehadiran Johnny, 59, ke festival itu bagi mempromosikan filem terbaharunya berjudul Jeanne du Barry.

Bagaimanapun perasaan teruja peminat melihat aktor berjalan di karpet merah acara itu bagaimanapun hilang apabila melihat giginya yang kuning dan seolah-olah sudah rosak.

553 (1)

Keadaan gigi Johnny jadi bualan netizen.

Menerusi beberapa foto yang tular di Twitter, ramai meluakan rasa loya melihat foto jarak dekat bahagian gigi pelakon itu.

"Gigi Johnny betul-betul rosak, loya tekak saya melihatnya. Kenapa perlu ambil gambar gigi dia secara dekat? Ia merosakkan mood saya.

"Gigi dia ini untuk watak Jack Sparrow ke? Dia banyak duit tapi tak mampu jaga gigi sendiri," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard lunas tuntutan saman, Johnny Depp derma RM4.4 juta kepada kebajikan

ARTIKEL BERKAITAN: Amber Heard tak peduli Johnny Depp bercinta peguam sendiri, sibuk cari wang bayar saman

Jun tahun lalu, Johnny memenangi kes saman terhadap Amber Heard selepas mendakwa menjadi mangsa dera bekas suaminya itu.

Amber diarahkan membayar ganti rugi sebanyak AS$15 juta (RM65 juta) kepada Johnny kemudian dikurangkan kepada AS$10.35 juta (kira-kira RM45 juta) sejajar dengan had punitif yang dibenarkan undang-undang di negeri itu.

Tujuh juri yang mendengar perbicaraan itu mendapati bahawa artikel ditulis Heard pada 2018 mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah dan berniat jahat terhadap Johnny.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain