suria

Didakwa punca kematian ahli politik, mahkamah putuskan Shah Rukh Khan tidak bersalah

Mahkamah bebaskan SRK dari pertuduhan jenayah.

PELAKON Shah Rukh Khan kini menarik nafas lega apabila mahkamah di India menolak permohonan semakan semula kes rempuhan orang awam pada tahun 2017 yang dikatakan berpunca daripada aktor tersebut sehingga menyebabkan kematian.

Mahkamah memutuskan bahawa Shah Rukh Khan juga adalah manusia biasa yang tidak boleh mengawal situasi ketika kejadian walaupun statusnya sebagai seorang selebriti popular.

“Apakah kesalahan Khan? Hanya kerana dia seorang selebriti tidak bermakna dia tiada hak sendiri. Dia juga ada hak sama seperti orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bukti kukuh, akhirnya anak Shah Rukh Khan bebas kes dadah

“Dia tidak boleh mengawal orang lain. Lebih baik fokus kepada perkara yang lebih penting,” jelas kenyataan mahkamah seperti yang dipetik dari Hindustan Times.

Dalam kejadian yang berlaku itu, orang ramai dikatakan berebut-rebut untuk melihat pelakon tersebut secara dekat apabila dia tiba di stesen keretapi daerah Vadodara bagi mempromosikan filemnya berjudul Raees.

Rempuhan orang ramai ketika itu menyebabkan kematian seorang ahli politik bernama Farheed Khan Pathan yang juga merupakan penghidap sakit jantung.

Beberapa orang lain juga tercedera semasa SRK membaling cenderahati berupa sepasang t-shirt untuk peminat di sana.

Susulan kejadian itu seorang ahli kongres bernama Jitendra Solanki telah membuat laporan terhadap Shah Rukh Khan namun kes tersebut telah ditolak oleh mahkamah pada April lalu.

Kes tersebut dibicarakan di mahkamah sebelum ini selepas terdapat beberapa alasan kukuh yang boleh mendakwa Shah Rukh Khan melakukan kesalahan jenayah kerana mengancam keselamatan awam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain