suria

Tampil memukau, Kim Kardashian sekali lagi bergaya ala Marilyn Monroe

Kim berkolaborasi bersama Dolce & Gabbana untuk Milan Fashion Week.

SELEBRITI popular Kim Kardashian sekali lagi meniru gaya idolanya iaitu Marilyn Monroe dengan tampil berambut ‘blonde’ dalam video jenama fesyen Dolce & Gabbana.

Ibu kepada empat orang anak itu mengambil inspirasi daripada mendiang Marilyn dalam sebuah video bagi mempromosikan pertunjukan fesyen Dolce & Gabbana.

Bintang The Kardashians itu dilihat menikmati piza sambil dirinya diperhatikan oleh sekumpulan jurugambar.

kim1

Kim mengambil inspirasi daripada mendiang Marilyn Monroe.

Klip yang dihasilkan itu sempena pertunjukan fesyen musim panas Milan Fashion Week 2023 yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Kim yang berkolaborasi dengan jenama mewah itu menampilkan video promosi dengan tema hitam putih yang diberi judul Ciao Milano, #CiaoKim #DolceGabbana.

ARTIKEL BERKAITAN: Ray J dedah Kim Kardashian dan ibunya dalang penyebaran video seks mereka 15 tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Kardashian, Pete Davidson pilih bawa haluan masing-masing selepas 9 bulan bercinta

Sementara itu, ibunya iaitu Kris Jenner turut berkongsi video promosi tersebut dan mengatakan tidak sabar untuk menunggu pertunjukan itu.

kim3

Apa sahaja yang dilakukan selebriti ini pasti menjadi perhatian ramai.

"Saya tidak sabar menunggu koleksi ini dilancarkan. Ini akan menjadi sangat luar biasa. Tidak sabar menunggu pertunjukan itu, sudah hampir waktunya!" tulisnya di Instastory.

Sebelum ini, Kim mencuri perhatian ramai apabila menggayakan gaun milik Marilyn yang berharga RM18.2 juta.

Namun, gaun ikonik itu dikatakan telah rosak kerana terdapat beberapa carikan yang menipis di bahagian belakang dan dikatakan beberapa kristal pada gaun sekuin itu juga hilang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain