suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas suami menangis dapat tahu Marshanda hidap kanser payudara, terbayang wajah anak

Marshanda masih menjalinkan hubungan baik dengan Ben dan isteri.

PENGUMUMAN pelakon Marshanda yang mengidap kanser payudara turut mengejutkan bekas suaminya iaitu Ben Kasyafani yang hampir menangis ketika mengetahui perkara itu.

Memetik laporan Liputan6, Ben Kasyafani memberitahu dia hanya mengetahui berita tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur.

Kata Ben Kasyafani, dia terus membayangkan keadaan anak perempuan mereka iaitu Sienna Ameerah Kasyafani.

"Saya tahu berita itu bila saya baru bangun tidur. Sudah pasti, saya rasa terkejut dan sedih. Perasaan sedih itu sampai rasa hampir nak menangis.

"Sebab kami sudah mengenali satu sama lain agak lama. Saya terus membayangkan Sein (Seinna) macam mana. Tapi saya pasti, macam mana pun keadaan, Marshanda tetap positif," katanya.

Pada 31 Mei lalu, Marshanda, mendedahkan dirinya kini sedang menderita kanser payudara menerusi satu hantaran video yang berjudul ‘I Have Breast Tumor’, di platform Youtube miliknya.

Marshanda

Marshanda bersama anak perempuannya.

Menurut Marshanda, dia menyedari keadaannya pada waktu ini boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.

Difahamkan, Marshanda kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

Dalam pada itu, Ben tetap mengharapkan keajaiban namun akan bersedia dengan kemungkinan yang terjadi di masa hadapan.

"Sekarang masih di peringkat awal... kita harapkan ada perkembangan yang baik. Walau apa pun, kita percaya pada Qadar.

"Apa pun yang terjadi di masa depan, yang baik atau tidak, kita berharap kita bersedia untuk itu," ujarnya.

Untuk rekod, Marshanda mendirikan rumah tangga dengan Ben Kasyafani pada 3 April 2011 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Sienna Amerah.

Hubungan Marshanda dan Ben mula retak selepas setahun kelahiran Sienna kemudian mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain