suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewi Perssik berang dituduh 5 kali gugurkan kandungan, minta tukang fitnah tunjuk bukti!

Dewi Perssik tampil menafikan semua tuduhan terhadap dirinya.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba penyanyi dangdut Dewi Perssik dituduh pernah melakukan pengguguran kandungan sebanyak lima kali.

Memetik laporan Liputan6, pelakon filem Tali Pocong Perawan itu menafikan dakwaan itu namun mengakui pernah mengalami keguguran ketika menjadi isteri kepada Saipul Jamil.

Dewi Perssik berkata dia tampil menafikan tuduhan itu kerana melibatkan maruah keluarga selain enggan berdiam diri dan meminta bukti dirinya pernah melakukan perkara tersebut.

"Saya memang pernah alami keguguran tapi bukan disebabkan saya menggugurkan kandungan. Kalau betul saya pernah lakukan kaedah itu sebanyak lima kali, tunjukkan bukti.

"Saya tak berdiam diri dengan tuduhan seperti ini. Sebab ini juga melibatkan nama baik keluarga saya. Kalau saya pernah lakukan pengguguran, tunjukkan siapa doktor dan video rakaman kaedah itu.

"Bukan saksi ya... kalau contoh hanya orang, semua orang pun boleh buat tuduhan. Kena ada bukti rakaman dan doktor yang melakukan kaedah itu atau hospital yang saya lakukan?" tegasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain