suria

Pengurus Tangmo Nida, Gatick mengaku beri kenyataan palsu, polis dakwa lima individu atas bot ikut nasihat seseorang

Gatick mengaku beri kenyataan palsu kepada polis.

PENGURUS Tangmo Nida iaitu Idsarin "Gatick'' Juthasuksawat mengaku bersalah memberi kenyataan palsu kepada polis berkaitan punca kematian aktres tersebut yang terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Muang di Nonthaburi, Pol Kol Jaturon Anurakbundit, berkata Gatick mengaku bahawa dia telah memberikan kenyataan palsu kepada penyiasat atas sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan Tangmo Nida, Wisapat Sand kena waran tangkap

Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan secara terperinci tentang pengakuannya.

Gatick yang juga rakan rapat Tangmo mengesahkan kepada pemberita bahawa dia telah membuat pengakuan selepas keluar daripada pertemuan dua jam dengan polis, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Pertuduhan membawa hukuman denda sehingga RM500 (4,000 baht) dan/atau penjara maksimum dua tahun.

Gatick ditemani oleh bekas Ahli Parlimen Parti Palang Pracharath Sira Jenjaka, yang kini menjadi penasihatnya.

Wisapat tiba di balai polis pada Sabtu bagi menjalani siasatan

Salah seorang individu atas bot Wisapat Sand dikenakan waran tangkap pada Sabtu.

Selain itu Sira Jenjaka berkata, Gatick telah mendedahkan perkara sebenar dan memberi amaran kepada empat individu lain supaya memberitahu perkara sebenar.

“Dia salah seorang daripada lima individu yang menaiki bot laju ketika Tangmo jatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.

“Hanya dia yang mengakui dakwaan itu selepas didesak penyiasat,” ujar polis.

Empat individu lain dalam bot itu berdepan tuduhan lebih serius namun kesemua menafikan dakwaan itu.

Mereka ialah Wisapat “Sand” Manomairat, Nitas "Job" Kiratisoothisathorn, Tanupat "Por" Lerttaweewit dan Phaiboon "Robert" Trikanjananun.

Pada Isnin, Nitas iaitu salah seorang daripada lima individu itu dituduh bersubahat dengan orang lain bagi mengelakkan tuduhan jenayah dan memusnahkan bukti.

Polis juga akan mendakwa ada individu lain yang dipercayai telah memberi nasihat kepada kesemua lima individu dalam bot berkenaan.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan pada 26 Februari lalu selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira satu kilometer dari lokasinya terjatuh.- Bangkok Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain