suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fokus ibadah puasa, Laudya Cynthia Bella berehat guna IG... Kongsi hadis tentang Ramadan

Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah sepanjang bulan Ramadan.

PELAKON Laudya Cynthia Bella mengejutkan ramai pengikut di Instagram apabila memaklumkan ingin berehat daripada media sosial sepanjang Ramadan ini.

Menurut laporan Tabloid, Laudya memaklumkan akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 35 juta pengikut itu akan dikendalikan oleh admin.

"InsyaAllah, sepanjang Ramadan Instagram saya ini akan dikendalikan oleh admin kumpulan. Jumpa anda semua nanti ya. Selamat beribadah teman-temanku," tulisnya pada ruangan kapsyen.

laudya 1

Perkongsian Laudya di Instagram.

Dalam hantaran tersebut, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini turut berkongsi hadis mengenai kelebihan Ramadan.

Perkongsian Laudya itu menerima komen positif pengikut dan rata-ratanya mendoakan supaya urusan bekas isteri Engku Emran itu dipermudahkan.

Pelakon berusia 34 tahun ini merupakan antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain