suria

Olivia Rodrigo bawa pulang trofi Artis Baharu Terbaik, Jon Batiste menang besar Grammy Award 2022

John Batiste (kiri) dan Olivia Rodrigo menang Grammy Awards 2022.

PENYANYI Olivia Rodrigo dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik di malam anugerah Grammy Award ke-64 yang berlangsung pada Ahad.

Bagi kategori berkenaan, Olivia menewaskan beberapa calon lain iaitu Arooj Aftab, Jimmie Allen, Baby Keem FINNEAS, Glass Animals, Japanese Breakfast, The Kid LAROI, Arlo Parks dan Saweetie.

Selain kategori Artis Baharu Terbaik, Olivia turut merangkul dua anugerah iaitu Persembahan Solo Pop Terbaik dan Vokal Pop Terbaik.

"Ini adalah sebuah mimpi jadi kenyataan... saya ingin berterima kasih kepada ibu saya yang tidak putus menyokong impian saya walau tidak masuk akal sekalipun," katanya.

grammy 2

Olivia bawa pulang tiga trofi di malam Grammy Award 2022.

Bagi kategori Album Terbaik, penyanyi Jon Batiste diumumkan sebagai pemenang menerusi album We Are.

Jon turut menerima empat anugerah lain iaitu Muzik Video Terbaik (Freedom), Persembahan Roots Amerika Terbaik & Lagu Roots Terbaik (Cry) serta Runut Bunyi Skor Terbaik Untuk Media Visual (Soul).

Sementara itu, Silk Sonic yang dianggotai Bruno Mars dan .Paak menang kategori utama iaitu Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi lagu Leave The Door Open.

Mengulas mengenai kemenangan mereka itu, Bruno Mars berkata dia cukup berbangga dapat bekerjasama bersama .Paak untuk membawa muzik Silk Sonic ke tahap ini.

"Rasa bangga dapat melakukan ini dengan anda (Silk Sonic) berbanding orang lain. Kita akan terus nyanyikan lagu ini bersama hingga bila-bila," katanya.

grammy 3

Silk Sonic.

Dalam pada itu, penyanyi versatil Doja Cat berjaya meriah anugerah Persembahan Berkumpulan Pop/Duo Terbaik menerusi lagu Kiss Me More.

Album Heaux Tales oleh Jazmine Sullivan pula dipilih sebagai Album R&B Terbaik pada anugerah berkenaan.

Bagi kategori Album Country Terbaik dimenangi album Starting Over oleh Chris Stapleton meraih perhatian juri.

Grammy Award 2022 dihoskan oleh Trevor Noah bersiaran secara langsung dari MGM Grand Garden Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain