suria

Gong Hyo Jin sah bercinta dengan Kevin Oh, jarak usia 10 tahun bukan penghalang

Kevin sahkan hubungan cinta dengan Hyo Jin.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Gong Hyo Jin dan penyanyi Kevin Oh bukan lagi satu rahsia apabila agensi aktres itu mengesahkan hal tersebut pada Sabtu.

Kemudian Kevin, 32, pula berkongsi berita gembira itu melalui satu hantaran di media sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gong Hyo Jin Bengang Sering Terima Komen Lucah Di Instagram

“Saya bimbang untuk beritahu sehingga betul-betul sedia, namun berita hubungan kami telah tersebar dahulu.

“Saya tahu ia adalah satu yang mengejutkan namun saya memohon sokongan anada semua.

“Saya bertemu dengan seorang insan yang istimewa dan akan mencintainya sepenuh hati.

“Saya akan terus menghasilkan lagu baharu” tulis Kevin.

Beza usia sepuluh tahun lebih muda berbanding Hyo Jin tidak menghalang Kevin menerima wanita itu sebagai kekasihnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Hyo Jin, pasangan ini memberitahu belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain