suria

Hampir dua bulan bercerai, hero Aquaman, Jason Momoa dan Lisa Bonet kembali tinggal bersama

Jason dan Lisa dikhabarkan telah berbaik semula

SELEPAS mengumumkan perceraian pada Januari lalu, pasangan pelakon Hollywood Jason Momoa dan Lisa Bonet dikhabarkan kini kembali tinggal bersama.

Menurut sumber rakan terdekat kepada Momoa, pelakon Aquaman itu mahu memperbetulkan semula rumah tangga mereka yang musnah selepas lima tahun berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Jason Momoa tak malu mengaku takut isteri - “Saya mungkin nampak besar dan gagah... tapi sebenarnya tidak!”

“Jason berpindah semula ke rumah Lisa dan mereka kini gembira bersama.

“Mereka membuat keputusan untuk memperbaiki rumah tangga selepas bercerai.

“Anak-anak mereka juga sangat teruja selepas mereka kembali bersama,” ujar satu sumber seperti yang dipetik dari Hollywoodlife.

Jason, 42, dan Lisa, 54, berkahwin pada Oktober 2017. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Lola, 14, dan Nakoa-Wolf, 13.

Pasangan ini bercinta sejak tahun 2005 dan Momoa pernah mendedahkan dia mula tertarik dengan Bonet ketika menonton lakonan isterinya itu di televisyen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain