suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JLo nafi berang dengan Ben Affleck gara-gara isu bekas isteri punca ketagih alkohol

JLo sangat menghormati Ben.

KENYATAAN pelakon Ben Affleck seakan-akan menyalahkan bekas isterinya Jennifer Garner menjadi punca dirinya ketagihan minuman keras ketika temu bual bersama Howard Stern menjadi tular.

Rakaman pendek perbualan Ben itu didakwa mengundang kemarahan kekasihnya yang juga penyanyi dan pelakon Jennifer Lopez atau JLo.

Namun JLo tampil menegaskan berita itu tidak benar dan dia sentiasa menghormati Ben sebagai seorang bapa yang menjaga anak bersama bekas isteri.

"Cerita itu sangat tidak benar. Ia bukan apa yang saya rasa... saya sangat hormati Ben sebagai seorang bapa menjaga anak bersama bekas isteri dan individu," jelasnya.

Sebelum ini, Ben turut tampil menjelaskan rakaman pendek perbualannya itu disalaherti segelintir pihak.

Kenyataan itu membuatkan dia seakan-akan meletakkan kesalahan terhadap Jennifer Garner yang menyebabkan dirinya ketagih minuman keras.

Untuk rekod Ben berkahwin dengan Jennifer Gardner pada 2005 namun berpisah pada 2018 dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Violet, 16, Seraphina, 12, dan Samuel, 9. - HOLLYWOODLIFE

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain