suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon Kdrama Honey Lee kahwin hari ini, pasangan bukan dalam kalangan selebriti

Honey Lee enggan berkongsi mengenai suaminya yang bukan dalam kalangan selebriti.

PELAKON dan penyanyi Honey Lee akhirnya bergelar isteri kepada pasangan pilihannya yang dirahsiakan identiti pada Selasa.

Menerusi kenyataan rasmi agensi pengurusan Saram Entertainment, majlis itu diadakan secara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat.

Pihak agensi turut memohon agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan Honey Lee yang bukan dalam kalangan selebriti.

"Honey Lee sudah bertemu dengan seseorang yang sangat istimewa dan berjanji untuk menjadi pasangan hidupnya atas dasar kepercayaan antara satu sama lain.

"Pasangan itu berkahwin pada Selasa dalam sebuah majlis yang diadakan sekitar Seoul yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

"Pasangan Honey Lee bukan dalam kalangan selebriti, jadi kami memohon agar anda tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kehidupan peribadinya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain