suria

Salah baju ketat! Tom Holland tak sengaja terkentut depan Zendaya ketika penggambaran ‘Spider-Man: No Way Home’

Tom Holland bawa watak Spiderman terkentut semasa penggambaran filem itu.

HERO Spider-Man: No Way Home iaitu Tom Holland mendedahkan satu kisah lucu yang berlaku semasa penggambaran filem adiwira itu.

Menurut laporan Page Six, Tom mengakui tidak sengaja terkentut di hadapan Zendaya ketika mereka sedang menjalani penggambaran dalam satu babak.

Kata aktor kacak ini, insiden itu berlaku kerana kostum dipakainya terlalu ketat.

"Ya saya terkentut. Saya kentut depan dia (Zendaya)

"Sangat sukar kerana kostum ketat, tali-tali di badan merimaskan saya," kata Tom Holland.

tom 1

Tom Holland dan Zendaya.

Gara-gara insiden itu, Tom Holland mengakui sangat malu dan segera memohon maaf kerana tidak sengaja melepaskan angin di hadapan orang ramai.

"Saya mengakui (malu). Saya terus cakap... maaf tentang hal itu, salah saya," ujarnya.

Selain Tom Holland yang membawa watak Peter Parker, filem Spider-Man: No Way Home turut dibintangi oleh Zendaya sebagai MJ, Jacob Batalon sebagai Ned Leeds dan Marisa Tomei sebagai Aunt May.

Filem ini mula menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 16 Disember ini.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain