suria

V BTS pecah dua rekod, raih 1 juta dan 10 juta pengikut IG paling cepat

Pengikut V BTS di Instagram mencecah 10 juta dalam masa 4 jam sahaja.

KUMPULAN K-Pop iaitu BTS sememangnya menjadi kegilaan ramai dan mempunyai peminat hampir di seluruh dunia.

Malah, tujuh anggota kumpulan BTS itu juga baharu sahaja mengejutkan peminat dengan mendedahkan akaun Instagram peribadi mereka pada 6 Disember lalu.

Bukan itu sahaja, Guinness World Records juga telah mengesahkan ahli BTS iaitu V telah memecah rekod dengan mencapai jumlah pengikut 1 juta dan 10 juta paling cepat.

Dalam masa 43 minit, pengikut V mencecah 1 juta dan jumlah terus meningkat ke 10 juta dalam masa 4 jam 52 minit sahaja.

Kini kesemua ahli BTS mempunyai jumlah pengikut di laman Instagram peribadi mereka melebihi 20 juta setiap orang.

Sebelum ini, BTS berjaya memecah lima rekod dunia sebagai kumpulan dengan lagu hit mereka berjudul Butter. - Soompi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain