suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kahwin awal tahun hadapan, Chansung (2PM) kongsi berita kekasih kini sedang hamil

Chansung enggan mendedahkan identiti bakal isterinya.

AHLI kumpulan 2PM iaitu Chansung mengumumkan dia dan teman wanita yang dirahsiakan identiti bakal berkahwin pada awal tahun hadapan.

Memetik laporan Soompi, keputusan untuk berkahwin dalam masa yang singkat itu dibuat selepas mengetahui kekasihnya kini sedang hamil cahaya mata pertama.

"Saya ada menjalinkan hubungan dengan seseorang sejak sekian lama. Seorang rakan yang saya kongsi segalanya dan dia menjadi kekasih saya.

"Sementara membuat persiapan untuk berkahwin selepas selesai khidmat tentera, kami dikurniakan dengan kehadiran orang baharu dalam masa yang cepat daripada dijangka.

"Kami merancang untuk berkahwin secepat yang mungkin dalam awal tahun hadapan. Kami sangat berhati-hati disebabkan kehamilannya masih di peringkat awal," katanya.

Dalam pada itu, Chansung memohon agar semua peminat memahami keadaannya dan tidak mencari atau mendedahkan identiti bakal isterinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain