suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seperti domino... Ni-Ki jadi anggota ENHYPEN keenam positif Covid-19

Ni-Ki daripada kumpulan ENHYPEN disahkan positif covid-19.

SELEPAS lima anggota kumpulan ENHYPEN disahkan positif Covid-19 pada 2 September lalu, kini tiba pula giliran ahli terakhir iaitu Ni-Ki dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi kenyataan daripada agensi Belift Lab, Ni-Ki disahkan positif pada 5 September.

"Anggota ENHYPEN iaitu Ni-Ki disahkan positif Covid-19 ketika menjalani kuarantin kendiri.

"Syarikat kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka dapat pulih sepenuhnya," kata agensi tersebut.

Terdahulu lima anggota ENHYPEN iaitu Jungwon, Heeseung, Jay, Jake dan Sunghoon dikesan positif covid-19.

Ni-Ki menjalani kuarantin secara berasingan daripada ahli kumpulan yang lain.

Dalam pada itu ENHYPEN terpaksa menghentikan segala aktiviti mereka buat sementara waktu.

Peminat juga turut mendoakan agar ahli kumpulan tersebut diberi kesembuhan segera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ni-Ki, ENHYPEN, positif Covid-19, Kpop

Artikel Lain