suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vokalis Iron Maiden Bruce Dickinson dijangkiti Covid-19... syukur sudah lengkap vaksin, kalau tidak lagi teruk!

Bruce Dickinson bersyukur sudah terima dua dos vaksin.

VOKALIS kumpulan Iron Maiden iaitu Bruce Dickinson mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Menurut laporan RollingStone, Bruce berkata dia menjalani ujian saringan selepas berdepan gejala dijangkiti virus berkenaan.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana sudah melengkapkan suntikan vaksin.

"Saya hanya alami selesema... selama beberapa hari ini, saya rasa pening kepala dan itu sahaja.

"Saya sudah berusia 63 tahun. Saya cukup yakin jika saya tidak divaksin pasti keadaan kesihatan akan jadi lebih serius.

"Mereka yang disarankan mendapatkan vaksin segeralah berbuat demikian. Ini semua untuk kesihatan mereka sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bruce memberitahu dia terpaksa membatalkan beberapa konsert jelajah kerana perlu menjalani kuarantin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain