suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heboh suami Nia Ramadhani cedera ketika cuba lari dari pusat pemulihan… Ini komen peguam!

Nia Ramadhani dan suami sedang jalani rawatan pemulihan dadah.

SUAMI kepada pelakon Nia Ramadhani iaitu Ardi Bakrie dilaporkan mengalami kecederaan semasa melarikan diri dari pusat pemulihan dadah pada Sabtu lalu.

Menjawab dakwaan tersebut, peguam mereka iaitu Wa Ode Nur Zainab mengakui Ardi cedera ringan namun bukan disebabkan mahu lari daripada pusat rehabilitasi itu.

“Pak Ardi jatuh semasa latihan kick boxing... ketika kejadian dia ditemani pakar terapinya.

“Dia selalu bersenam. Semasa kejadian selepas solat Asar, dia berlatih kick boxing dan cedera.

“Alhamdulillah, dia sudah mendapatkan rawatan di hospital. Mohon doakan dia cepat sembuh!” katanya menerusi laporan Tabloid Bintang.

Sementara itu, Wa Ode memberitahu pasangan ini berada dalam keadaan baik di pusat pemulihan tersebut.

Ardi dan Nia menjalani proses rehabilitasi sejak 11 Julai lalu selepas terbabit penyalahgunaan dadah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain