suria

Jana Kramer berpisah dengan Mike Caussin buat kali kedua

Jana tidak mampu lagi untuk pertahankan rumah tangga dengan Mike.

BUAT kali kedua, penyanyi dan pelakon Jana Kramer dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu Mike Caussin selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jana mengumumkan perpisahannya dengan pemain NFL itu di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tiba waktunya. Realiti yang saya tidak mahu percaya kini terjadi lagi, perkataan-perkataan itu menjadi realiti. Saya sudah berlawan, sayang, memaafkan, berusaha keras, berikan segalanya dan kini tiada apa lagi untuk diberikan.

"Saya masih percaya dalam rumah tangga, sayang dan bina semula. Tapi saya tak mampu untuk berlawan lagi. Tiba masa untuk pulih. Terima kasih atas kasih sayang, cinta dan sokongan sepanjang perjalanan bersama saya," tulisnya.

Menerusi laporan People pada Rabu, pelakon drama siri One Tree Hill ini difahamkan sudah memfailkan perceraian terhadap Mike.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 2015 dan pernah berpisah buat kali pertama pada Ogos 2016.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain