suria

Terkait dakwaan jadi orang ketiga, Nissa Sabyan elak ditanya soal jodoh dan ciri-ciri lelaki idaman

Nissa dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Agus dan bekas isteri, Ririe Fairus.

SELEPAS dituduh menjadi orang ketiga dalam rumah tangga rakan sekumpulannya, penyanyi Nissa Sabyan menolak untuk ditanya mengenai jodoh.

Menerusi penampilan terbaharunya dalam sebuah program tv saluran Indosiar, Nissa dan kumpulan Sabyan Gambus tampil menghiburkan penonton menerusi persembahan lagu nasyid.

Persembahan itu turut diiringi rakan sekumpulannya, pemain keyboard Agus yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan Nissa, 22, sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangganya baru-baru ini.

Ketika ditanya hos program tersebut, Irfan Hakim mengenai sama ada dia sudah berpunya, Nissa mengakui dirinya masih solo.

"Saya belum terfikir untuk mempunyai teman lelaki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya masih mahu enjoy dengan kerjaya muzik terlebih dahulu, belum punya rasa nak berteman sekarang," katanya.

Nissa bagaimanapun menolak untuk menjawab ketika ditanya oleh Irfan mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

"Tidak perlu bercakap soal jodoh ya," ujarnya.

Ayus dilaporkan bercerai dengan isterinya, Ririe Fairus pada 24 Mac lalu selepas hubungan sulitnya dengan Nissa terbongkar. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain