suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ariana Grande ambil kerusi Nick Jonas, jadi juri The Voice

Ariana Grande sertai Blake Shelton, John Legend dan Kelly Clarkson sebagai juri dan tenaga pengajar untuk The Voice musim ke-21.

PENYANYI Ariana Grande mengumumkan penyertaannya sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian terbitan NBC, The Voice.

Khabar itu diumumkan penyanyi lagu Thank You, Next itu menerusi Twitter.

Ariana menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nick Jonas.

"Kejutan! Saya sangat teruja, berbesar hati dan gembira dapat menyertai Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton untuk musim terbaharu The Voice.

"Kami akan merindui anda Nick Jonas," kata Ariana.

Susulan itu John turut memuat naik ciapan mengalu-alukan kedatangan Ariana ke keluarga The Voice.

Selain Nick, antara bekas juri yang pernah menyertai rancangan tersebut sebelum ini ialah Gwen Stefani, Christina Aguilera, Adam Levine, Usher, Ceelo Green dan Miley Cyrus. - CNN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain