suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abaikan berita buruk vaksin Covid-19, Ariel Noah setuju terima suntikan kerana mahu hidup normal

Ariel setuju jadi orang terawal terima vaksin Covid-19. Foto: nasional.tempo.co

TERPILIH mengikuti program vaksinasi kebangsaan, penyanyi Ariel Noah berkata dia tidak teragak-agak bersetuju menerima tawaran itu kerana mahu pandemik Covid-19 segera berakhir.

Menurut laporan Suara Merdeka, Ariel berkata dia enggan terpengaruh dengan pelbagai berita tidak sahih terutamanya mengenai kesan pengambilan vaksin tersebut.

“Diberi peluang pertama kali kenapa saya tak teruskan dahulu, kalau tunggu sampai bila? Kita sebagai pemuzik pun terkesan dengan pandemik ini. Besar keinginan untuk semuanya kembali normal meskipun mungkin tak seperti dulu... tapi kita berharap situasi kembali normal secepatnya.

“Sebelum ini banyak khabar angin tersebar (mengenai vaksin) tapi itu tidak terbukti, saya tanya mereka yang pakar termasuk mengenai vaksin ini,” katanya.

Sementara itu, Ariel memberitahu dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan dan perlu menerima suntikan kedua selepas 14 hari.

“Tak rasa apa pun... cuma rasa sakit sedikit ditempat suntikan tapi tiada sebarang kesan lain,” ujarnya.

Selain Ariel, pelakon Raffi Ahmad merupakan antara selebriti yang terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia pada Rabu lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain