suria

Pernah ditangkap khalwat, Ifan Seventeen kini dikatakan bercinta dengan Citra Monica

Ifan akui berasa selesa disamping Citra.

VOKALIS kumpulan Seventeen iaitu Ifan dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model Citra Monica, yang dilihat mesra sejak tahun lalu lagi.

Bagaimanapun, Ifan Seventeen atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ifan Seventeen ditangkap khalwat dengan isteri orang, katanya hanya tumpang solat

Menurut Ifan, dia mengakui selesa disamping Citra kerana sudah mengenali wanita itu sejak di bangku sekolah lagi.

"Citra itu kawan saya sejak zaman sekolah lagi dan kami selesa berdua. Kami tidak perlu saling kenal-mengenali kerana sudah kenal lama, ini semua kebetulan saja," katanya kepada KapanLagi.

Pada Jun tahun lalu, video Ifan ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang iaitu Citra ketika berada dalam sebuah pangsapuri menjadi tular.



Video Ifan dan Citra ditangkap khalwat pada tahun lalu.

Citra tampil menjelaskan dia sudah bercerai dan penyanyi itu yang juga kenalan lama berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat.

Dalam pada itu, mereka juga kerap keluar bersama dan baru-baru ini Citra juga terlibat dalam video klip lagu terbaharu Seventeen sebagai seorang model.

Ifan pernah berkahwin namun isterinya iaitu Dylan Sahara meninggal dunia akibat maut dalam tragedi tsunami yang melanda Selat Sunda pada 22 Disember 2018.

Tragedi itu juga mengorbankan tiga anggota kumpulan Seventeen yang ketika itu sedang membuat persembahan di persisir pantai Tanjung Lesung, Banten, Indonesia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain