suria

Album solo pertama Kai EXO duduki carta iTunes di 50 buah negara selepas sehari dilancarkan

kai exo

KEMUNCULAN album solo pertama nyanyian ahli kumpulan EXO iaitu Kai menerima sambutan hebat peminat dari seluruh dunia.

Muzik video lagu berjudul Mmmh yang dimuat naik di laman YouTube turut menjadi trending di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.

Album solo pertama berjudul KAI yang dilancarkan pada Isnin lalu terus menduduki carta Top Album di aplikasi iTunes.

Album itu menduduki tangga pertama di 50 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Kanada, Perancis, Singapura, India, Belanda, Filipina, Hongkong dan lain-lain negara.

Bukan itu sahaja, album ini turut berjaya menduduki puncak jualan secara digital menerusi beberapa aplikasi lain iaitu QQ Music, Kugou Music dan Kuwo Music.

Album KAI mengandungi enam lagu dengan pelbagai genre muzik iaitu Mmmh, Nothing On Me, Amnesia, Reason, Ride Or Die dan Hello Stranger.

Menerusi laman Twitter, nama Kai menjadi trending di beberapa buah negara dan rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan buah tangan terbaharu ini.

"Akhirnya, penantian kami untuk melihat album solo Kai tercapai. Kami sangat teruja dengan buah tangan ini.

"Kami akan terus menyokong Kai dan akan pastikan lagu ini menduduki carta-carta lagu di dunia," tulis peminat.

SUMBER: Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
kai, exo, album debut, album solo

Artikel Lain