suria

Selepas tinggalkan dunia hiburan, pelakon filem 'Jai Ho' Sana Khan kini bergelar isteri ulama

Sana berkongsi foto bersama suaminya, Mufti Anas Sayeid.

SELEPAS mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan, pelakon Bollywood Sana Khan berkongsi berita gembira bahawa dia kini sudah bergelar isteri kepada seorang ulama bernama Mufti Anas Sayied.

Pelakon yang pernah membintangi filem Jai Ho itu selamat bernikah pada 20 November lalu namun hanya berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di laman sosial itu, Sana berharap agar Allah menyatukan mereka di dunia dan bertemu di syurga.



Sana berkongsi video bersama suaminya.

"Saling sayang-menyayangi kerana Allah. Hubungan halal kerana Allah. Semoga Allah terus menyatukan kita di dunia ini dan bertemu di syurga," tulisnya.

Sana turut berkongsi beberapa gambar persalinan busana yang digayakan sepanjang majlis perkahwinan dengan ulama berasal dari Surat, Gujarat itu.

Sekitar Oktober lalu, Sana mengambil keputusan berhijrah dan memaklumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya.

Pelakon berusia 31 tahun itu berharap keputusannya itu tepat dan berdoa supaya Allah menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain