suria

Peminat berang pemindahan buah pinggang Selena Gomez jadi bahan jenaka drama 'Saved By The Bell'

Selena pernah jalani pemindahan buah pinggang pada 2017.

GARA-GARA mempersendakan kesihatan penyanyi kesayangan, drama Saved By The Bell yang ditayangkan di saluran Peacock dikecam peminat Selena Gomez.

Peminat meluahkan rasa berang apabila salah satu episod dalam drama tersebut menjadikan pembedahan pemindahan buah pinggang yang dilakukan Selena Gomez pada 2017 sebagai bahan jenaka.

Malah menerusi laman Twitter, peminat mula mencipta hashtag 'Respect Selena Gomez' sehingga menjadi trending.

Bagaimanapun, pihak Peacock dan penerbit eksklusif drama tersebut tampil memohon maaf atas kesilapan mereka menggunakan keadaan kesihatan Selena sebagai bahan untuk diperkatakan.



Peminat anggap drama tersebut tidak sensitif dengan keadaan kesihatan Selena.

"Kami memohon maaf. Bukan niat kami untuk jadikan kesihatan Selena sebagai topik utama," tulis kenyataan tersebut.

Sekitar September 2017, Selena mendedahkan dia telah menerima buah pinggang daripada sahabatnya iaitu Francia Raisa.

Selena yang mengalami radang buah pinggang berkata, dia amat menghargai jasa Raisa yang sanggup berkorban untuknya demi perkara itu.

Sumber - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain