suria

Kang Sora umum kahwin dengan jejaka bukan artis

Kang Sora umum bakal berkahwin dalam masa terdekat.

PELAKON Kang Sora mengumumkan bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang diketahui bukan dalam kalangan selebriti.

Menurut laporan Soompi, berita gembira itu telah dikongsi oleh agensi pengurusan aktres tersebut iaitu Plum A&C Entertainment pada Isnin.

"Kang Sora memutuskan untuk berkahwin dengan teman lelaki, bukan seorang selebriti dan berusia lebih tua darinya.

"Perkahwinan dijangka pada 29 Ogos ini tetapi kerana Covid-19 yang semakin buruk, rancangan itu terpaksa dibatalkan. Sebagai ganti, mereka akan mengadakan resepsi secara sederhana hanya bersama keluarga.

"Kami mengambilkira faktor bakal pengantin lelaki bukan seorang selebriti, jadi semua maklumat terpaksa dirahsiakan. Mohon semua dapat memahami keadaan ini," kata agensi.

Dalam pada itu, agensi turut mengesahkan Kang Sora tetap akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon setelah mendirikan rumah tangga kelak.

"Kang Sora akan terus bersama kalian sebagai pelakon. Mohon anda semua terus menyokong dan mendoakan kehidupan baharunya itu," ujar agensi.

Pada tahun 2017, Kang Sora pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Hyun Bin namun berpisah selepas beberapa tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kang Sora, kahwin, kpop

Artikel Lain