suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sambut ulang tahun ke-40, Song Ji Hyo tak henti ucap terima kasih kepada peminat

Song Ji Hyo terima banyak hadiah, kek dan bunga sempena hari lahirnya.

PELAKON Song Ji Hyo meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya yang tidak berhenti memberi sokongan serta kasih sayang pada hari lahirnya.

Memetik laporan Soompi, Song Ji Hyo yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 pada Sabtu lalu menerima banyak hadiah, kek, bunga dan ucapan daripada peminatnya.

"Terima kasih sangat sangat sebab beri ucapan selamat hari lahir. Terima kasih semua! Saya akan raikan hari lahir dengan gembira.

"Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih sangat," kata Song Ji Hyo menerusi laman Twitter miliknya.

Selain peminat, rakan baik dan juga ahli Running Man iaitu HaHa turut mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon drama bersiri Was It Love? itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain