suria

Bekas ahli kumpulan AOA, Mina tolak siasatan polis terhadap dakwaan dibuli

Mina dan pihak pengurusannya enggan hadir menjalani soal siasat.

BEKAS anggota kumpulan Kpop AOA, Mina menolak siasatan polis terhadap tuduhan buli yang dialaminya semasa bersama kumpulan itu.

Menurut laporan Joongang Ilbo pada Khamis, Balai Polis Gangnam mendedahkan mereka memulakan siasatan dalaman terhadap tuduhan buli yang diterima Mina ketika menjadi ahli kumpulan AOA.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli kumpulan AOA, Mina dikejarkan ke hospital selepas cubaan bunuh diri

Siasatan tersebut dilaporkan bermula pada Selasa lalu ketika pihak polis menerima aduan daripada peminat kumpulan itu.

Oleh kerana aduan itu dikemukakan oleh peminat, mereka harus tampil untuk soal siasat, tetapi Mina dan pihak pengurusannya iaitu Woori Actors dikatakan enggan memberi kerjasama kerana tidak mahu memperbesarkan masalah ini.

Woori Actors turut menyatakan bahawa siasatan rasmi telah ditolak dan berkata Mina enggan terlibat dalam siasatan tersebut kerana masih dalam keadaan tidak stabil.

"Mina dan agensi kami telah membuat keputusan untuk tidak mahu kes ini disiasat. Mina yang terlibat secara langsung dalam kes ini masih dalam keadaan kurang stabil dan tidak mahu kes ini bertambah besar," kata pihak pengurusan Mina.

Sebelum ini, Mina dimasukkan ke hospital selepas berkongsi foto mencederakan diri sendiri sebelum memadam akaun Instagram miliknya.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mina AOA, Kpop

Artikel Lain